SEJARAH NASIONALISME
Terdapat beberapa latar belakang negara bangsa sebelum kedatangan Barat"Nasionalisme". Raja merupakan salah satu latar belakang negara bangsa. Raja merupakan tonggak utama kerajaan dan kedudukannya juga dikukuhkan dengan sistem pentadbiran yang dibantu oleh para pembesar. Raja juga memperoleh ketaatan rakyat. Seterusnya, undang-undang juga telah wujud lagi sejak kewujudan alam melayu. Undang-undang dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraann sesebuah kerajaan. Wilayah pengaruh merupakan kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seseorang raja. Akhir sekali, rakyat merupakan penduduk di dalam sesebuah wilayah yang setia kepada raja dan tidak menderhaka. Setiap kerajaan alam Melayu mempunyai latar belakang tersebut.
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara. Nasionalisme juga bleh diertikan sebagai semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dengan perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara. Selain itu, nasionlisme bermaksud gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada penguasaan asing. Idea nasionalisme tidak sama antara negara dengan zaman kerana idea tersebut berkait rapat dengan pengalaman sejarah yang berbeza dan pengaruh sekeliling seperti keturunan, agama, bahasa dan adat resam.
Antara faktor-faktor kemunculan nasionalisme ialah :
- Peranan Agama
Gerakan Islah menyeru umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dengan berpandukan al-Quran dan Hadis. Gerakan ini juga muncul untuk menentang imperialisme Barat di negara Islam.
- Penulisan Kreatif
Hasil kesusasteraan seperti novel, cerpen dan puisi daripada tokoh nasionalis digunakan sebagai wadah untuk mengungkap keperitan hidup bangsa yang dijajah serta penderitaan rakyat. Hal ini memberikan impak kepada rakyat untuk menaikkan semangat bagi memahami realiti hidup yang dijajah
- Media Cetak
Media cetak seperti akhbar dan majalah berperanan sebagai penyalur maklumat dan penyebar berita. Tujuannya adalah untuk menegur campur tangan British dalam soal agama Islam dan isu bahasa Melayu. Selain itu, ia juga digunakan sebagai bahan bacaan di sekolah Melayu.
- Sistem Pendidikan
Pendidikan moden Islam melalui penubuhan madrasah telah meniupkan semangat baharu dalam kalangan pelajar pada awal abad ke-20.
- Kemunculan Golongan Intelektual
Hasil daripada perkembangan sistem Pendidikan, lahirlah golongan
intelektual seperti lepasan Timur Tengah. Mereka menubuhkan akhbar serta menubuhkan
persatuan bersifat sosioekonomi dan politik untuk menyedarkan rakyat tentang
nasionalisme.
- Pengaruh Luar dan Serantau
Kebangkitan Pan-Islamisme di empayar Uthmaniyah menyedarkan umat Islam untuk bersatu menentang ancaman luar. Pengaruh Gerakan Islah di Mesir pula menggesa umat Islam melakukan pembaharuan yang progresif. Kemunculan Jepun sebagai kuasa besar dunia yang berjaya menewaskan Rusia membuka mata penduduk tempatan untuk memperjuangkan nasib mereka.
Sejauh manakah perubahan politik dunia telah mengubah tindakan dan pemikiran orang Melayu sebelum merdeka?
Politik dunia telah mengubah tindakan dan pemikiran orang Melayu sebelum merdeka kerana mereka telah ditindas oleh kuasa luar. Perkembagan nasionalisme di negara orang Melayu membuatkan tindakan dan pemikiran orang Melayu dengan perkembangan nasionalisme yang dipelopori oleh golongan intelektual. Selain itu, perkembangan nasionalisme ditinjau melalui penulisan oleh guru, penulisan dan wartawan yang menghasilkan karya. Akhir sekali, perkembangan nasionalisme juga berkembang melalui kewujudan pertubuhan atau persatuan bersifat sosioekonomi dan politik.
Perjuangan nasionalis di seluruh dunia telah memberikan kesan kepada nasionalisme orang Melayu sebelum merdeka. Buktikan
Antara kesannya ialah kesan politik. Usaha golongan intelektual berpendidikan Inggeris dan KMS menggesa kerajaan meningkatkan peluang pekerjaan dalam pentadbiran British membuahkan hasil. Bilangan orang Melayu dalam Malayan Civil Service (MCS) bertambah daripada tujuh orang pada tahun 1930 kepada 20 orang pada tahun 1937. Selain itu, kesannya pula ialah ekonomi di mana Gesaan Kaum Muda agar memajukan diri dalam pendidikan dan ekonomi membangkitkan semangat berniaga dalam kalangan masyarakat Melayu. Hasilnya, tertubuhllah persatuan kebajikan bernama al-Jamiah al-Khairiah di Singapura. Persatuan ini berjaya membangkitkan semangat berniaga dan menulis rencana berinformasi tentang kepentingan kemajuan. Akhir sekali, kesannya pula adalah pada sosial. Tuntutan untuk mendapatkan peluang pendidikan yang disuarakan melalui akhbar, majalah dan persatuan mewujudkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat untuk belajar di madrasah dan sekolah Melayu. Kesedaran ini juga mendorong mereka menulis dan menerajui majalah sendiri.
Bagaimana nasionalisme di Asia Tenggara telah mempengaruhi politik dunia.
Nasionalisme di Asia Tenggara telah mempengaruhi politik dunia dengan langkah yang diperkenalkan British iaitu dasar desentralisasi mendorong orang Melayu lebih peka tentang masa depan mereka. Dasar desentralisasi ini cuba mengembalikan kuasa sultan, residen dan Majlis Mesyuarat Negeri yang tercabar akibat pembentukan negeri-negeri Melayu Bersekutu membincangkan soal politik sehingga tertubuhnya persatuan peringkat negeri.
Generasi muda hari ini tidak patriotik dan hilang jati diri. Hujahkan
Generasi muda hari ini tidak patriotik dan bilang jati diri kerana generasi muda pada hari ini tidak tahu betapa deritanya negara kita pada zaman dahulu yang menghadapi kesedaran atas perperangan yang berlaku. Antara kesedarannya ialah sejarah perjuangan bangsa menghadapi ancaman luar dapat dilihat sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Usaha pemimpin Kesultanan Melayu Melaka seperti Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Mahmud Shah seharusnya disanjung. Setelah berundur dari Melaka, Sultan Mahmud Shah berusaha untuk mendapatkan Melaka kembali dengan melakukan tiga kali serangan terhadap Portugis, namun serangan tersebut menemui gagal. Selain itu, generasi pada masa kini juga tidak tahu maksud pengertian nasionalisme yang pernah lahir di dalam kalangan masyarakat orang Melayu pada zaman Melayu. Faktor kelahiran semangat nasionalisme ialah atas peranan agamanya. Para pelajar yang melanjutkan pelajaran di Mesir terdedah dengan falsafah perjuangan gerakan Islah di Mesir pimpinan Sayyid Jamal al-Din al_Afghani, Sheikh Muhammad Abduh dan Rashid Rida. Gerakan Islah menyeru umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dengan berpandukan al-Quran dan Hadis. Negara kita juga menyokong gerakan tersebut atas pegangan agama yang sama.
MERUJUK KEPADA PROF. DIRAJA UNGKU AZIZ: “Patriotisme tidak harus dipandang sepi oleh rakyat sehingga rasa kesetiaan kepada negara sekadar ungkapan dan tanggungjawab yang hanya terletak di atas bahu pemimpin lapisan pertama iaitu Perdana Menteri yang rapat dengan mereka.”
Oleh itu, semangat patriotisme yang tinggi perlu ada dalam diri rakyat yang menjadi tonggak utama kepada pembangunan sesebuah negara. Tanpanya negara akan musnah dan hancur bukannya kerana diserang musuh tetapi kemusnahan adalah disebabkan kegagalan rakyat untuk melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap negara.
Dalam konteks Malaysia patriotisme perlu ada pada diri setiap rakyat Malaysia. Ini kerana kemerdekaan yang kita kecapi bukan dicapai dalam masa yang singkat tetapi berlangsung dalam suasana yang dramatik dan tidak harus kita lupakan bagi mengekalkan kesinambungan kemerdekaan yang telah dicapai.
Semangat patriotisme terhadap negara tidak sewajarnya hanya timbul dalam perjuangan menuntut kemerdekaan atau apabila negara berada dalam ancaman musuh semata-mata.
Dalam keadaan aman, umpamanya, semangat patriotisme seharusnya menjadi pendorong kepada setiap rakyat yang cintakan negaranya untuk bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh bagi membangun dan memajukan negaranya.
Perbezaan dari segi ideologi, kaum dan parti politik dalam sesebuah negara berkenaan sepatutnya tidak dijadikan sebagai suatu halangan kepada usaha untuk memakmurkan negara.
Semangat patriotisme adalah penting kepada semua lapisan rakyat sesebuah negara. Tidak kira sama ada dia seorang petani, nelayan, kakitangan awam atau seorang buruh sekalipun, mereka perlulah mempunyai semangat kecintaan yang menebal ke atas negara mereka.
Tanpanya individu dan masyarakat negara berkenaan akan berpecah-belah kerana masing-masing lebih menumpukan kepada diri atau puak masing-masing dan melupakan tanggungjawab mereka terhadap negara. Semangat patriotisme menjadi lebih penting lagi kepada negara kita pada masa kini.
Hal ini mustahak kerana negara kita didiami oleh rakyat yang mempunyai perbezaan agama, bangsa dan ideologi politik yang begitu ketara.
Akibatnya jika rakyat negara kita meletakkan semangat perkauman, kefahaman ideologi politik atau parti politik sebagai lebih utama daripada negara tentulah pembangunan dan kemajuan tidak akan dapat dicapai.
Oleh itu, dalam situasi masyarakat yang sebegini, keperluan terhadap semangat patriotisme dalam kalangan rakyat adalah begitu penting.
Semangat patriotisme ini akan menghalang rakyat Malaysia daripada bersikap prejudis terhadap mana-mana kaum, agama mahupun ideologi parti yang berbeza dengan mereka.
Dalam erti kata lain mereka akan meletakkan kepentingan negara lebih tinggi daripada kepentingan peribadi mahupun kaum masing-masing.
Create by:
Muhammad Zahin bin Zulkifli
4 Sheffield



Comments
Post a Comment